Rabu, 6 Jun 2018

PROGRAM INI MENERIMA PENAJAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T, fasa 1 akan bermula tidak lama lagi. Tak sabar rasanya untuk memulakan program ini. :-)

Tarikh yang dicadangkan pada;

30hb Jun - 01 Jul 2018
(2 hari 1 malam)

Fasa ini akan menjejakkan kaki ke masjid disekitar Pulau Pinang. Antara masjid yang akan dilawati adalah:


  1. Masjid Acheh
  2. Masjid Melayu Lebuh Acheh
  3. Masjid Simpang Enam
  4. Masjid Kapitan Keling
  5. Masjid Benggali
  6. Masjid Terapung, Tanjung Bungah
Selain itu, beberapa tempat-tempat menarik juga akan dilawati semasa dalam perjalanan tersebut.

TETAPI, apa yang lebih mengharukan adalah pengiktirafan dari masyarakat terhadap program kembara ini apabila setakat ini kami telah menerima penajaan dari 4 buah syarikat, ini menunjukkan bahawa keyakinan dan sokongan mereka terhadap matlamat program yang dirancang dan ingin melihat program ini berjaya. 

Kami merancang sebahagian dari wang tajaan itu akan diinfakkan kepada tabung setiap masjid yang dilawati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan